Ahad, 31 Julai 2011

CINTA (LOVE'S)

Detik tidak pernah menipu ia adalah suara benar  yang sentiasa berbicara di lunah hati kita..biarlah detik terus berdetik bersama relung-relung ingatan yang tak mungkin hilang dari maya..sehingga tiba untuk ia berhenti berdetik…….
Apalah erti cinta andainya tidak boleh memiliki???
Aku benci sngat!!tapi…kenapa aku rindu??
Jadikanlah cintaku ini sesuatu realiti,
kerana aku sudah jemu menanti cinta,
tidak perlu dicari,
kerana cinta akan datang sendiri,
cinta itu bukan untuk didusta,
hadirnya untuk memberi dan menerima,
hangatnya mendamaikan,
dinginya melemaskan….

Tiada yang kedua

Haruskah aku menerima kasihmu
yang baru menguntum bunga
jangan hanya indah dimata
jangan disiakan madah cinta
namun bintang bukannya Satu
kerdipan hatiku ingin kau buru
andainya kau kehampaan
jangan aku yang jadi alas an
ku fikir kau teman biasa
tidak akan berputik cinta
mungkin jua belum menjelma
aku tak sanggup di kecewa
cintaku satu untuk selama
aku pencinta yang setia
mustahil ada yang kedua

Pantun mari bersolat

Berbaju kurung bertudung labuh
Berkain songket berselipar jepun
Awal pagi dah sembahyang subuh
Agar hidup sentiasa rukun

Pagi-pagi minum kopi
Bekalan untuk perjalanan ke johor
Pandu kereta berhati-hati
Masuk waktu sembahyang zohor

Orang kaya berkereta besar
Sambil bersembahyang memakan kacang
Bila tibanya waktu asar
Itu tandanya hari dah petang

Waktu petang menjamah roti
Roti dibeli di kedai cik syarip
Mulut ibu tak henti-henti
Menyuruh adik sembahyang magrib

Wanita cantik lelaki kacak
Hulurkan senyuman muka berseri
Bila malam sembahyang isyak
Baru cukup 5 waktu sehari

Sabtu, 14 Mei 2011

Jiwa kosong tapi hati yang menangis jasad kesakitan mata yang mengalirkan air mata berontaian jiwa yang berkecamuk raungan hati diam membisu lelah ku mengejari hampa yang bertamu keredupan malam dingin kurasakan entah kapan malam berhenti aku masih menunggu pagi.

Isnin, 9 Mei 2011

Hati aku ini, kuyup sudah dengan darah lukanya terlalu banyak tidak terubati, tidak terawat.Hati aku ini,merintih merayu minta dihargai minta disayang minta jangan disusahkan,jangan dipayahkan.Hati aku ini,pernah beku batu kerana tak tahu lagi tersirat setiap isi ruang dagingnya. Hati aku ini, terlalu lembut mudah terbuka,mudah terima,mudah terlupa punca darahnya.Hati aku ini,punya pintu hati yang telah terbuka,aku letakkan lilin di dalamnya aku semarakkan dengan kata cinta.Hati aku ini,menagis tersedu bila lilin yang terangi hati gelap..lilin,aku tahu kamu sedar betapa hati ini sedang berusaha kuat mahu kamu terus nyala..tapi lilin,jika kamu masih enggan nyala..janganlah tinggal sisa walaupun bukan itu kehendak jiwa..

APA ITU CINTA...???



"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu". Itulah dinamakan CINTA..Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta,tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan.Cinta itu mestilah bersih dan murni.Jangan
cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa....

Ahad, 8 Mei 2011


Umtukmu
Sayangku...

CINTA
Ø  Kepada seseorang
Ø  Untuk selamanya
Ø  Lebih tinggi makna dan maksudnya
Ø  Diperlukan setiap insan
Ø  Perlukan lebih banyak pengorbanan
Ø  Tidak pernah luntur walau sesaat
Ø  Sukar untuk dicari
Ø  Satu perasaan yang khas/special
Ø  Tak perlu di ungkap dengan kata2
SAYANG
o    Untuk  semua termasuk benda
o    Tidak kekal
o    Makna dan maksudnya yang tersendiri
o    Perlu untuk semua
o    Tidak memerlukan pengokbanan yang banyak
o    Tidak menentu,kadang2 dan jarang2
o    Terlalu mudah untuk menyayangi
o    Satu perasaan yang biasa
KAWAN
v  Kadang2 menyakitkan
v  Senang dicari tetapi sukar untuk dapat sahabat karib
v  Banyak kenangan manis dan pahit
v  Sosial
v  Tidak perlu mengorbankan sesuatu yang disayangi (mengikut keadaan)
v  Pergaulan yang tidak memerlukan perasaan
v  Sukar untuk dicari (sahabat)
v  Satu perkara yang biasa dan umum
COUPLE
§   Sentiasa terikat
§   Banyak perkara yang istimewa
§   Tempat untuk mengadu dan berkasih sayang
§   Sukar untuk mencari yang setia
§   Berlainan jantina
§   Tak semestinya akan berkahwin dengannya
RINDU
·          Kadang2 ia menyeksakan
·          Hadirnya daripada rasa cinta
·          Amat menyakitkan