Ahad, 31 Julai 2011


Pantun mari bersolat

Berbaju kurung bertudung labuh
Berkain songket berselipar jepun
Awal pagi dah sembahyang subuh
Agar hidup sentiasa rukun

Pagi-pagi minum kopi
Bekalan untuk perjalanan ke johor
Pandu kereta berhati-hati
Masuk waktu sembahyang zohor

Orang kaya berkereta besar
Sambil bersembahyang memakan kacang
Bila tibanya waktu asar
Itu tandanya hari dah petang

Waktu petang menjamah roti
Roti dibeli di kedai cik syarip
Mulut ibu tak henti-henti
Menyuruh adik sembahyang magrib

Wanita cantik lelaki kacak
Hulurkan senyuman muka berseri
Bila malam sembahyang isyak
Baru cukup 5 waktu sehari