Isnin, 9 Mei 2011

Hati aku ini, kuyup sudah dengan darah lukanya terlalu banyak tidak terubati, tidak terawat.Hati aku ini,merintih merayu minta dihargai minta disayang minta jangan disusahkan,jangan dipayahkan.Hati aku ini,pernah beku batu kerana tak tahu lagi tersirat setiap isi ruang dagingnya. Hati aku ini, terlalu lembut mudah terbuka,mudah terima,mudah terlupa punca darahnya.Hati aku ini,punya pintu hati yang telah terbuka,aku letakkan lilin di dalamnya aku semarakkan dengan kata cinta.Hati aku ini,menagis tersedu bila lilin yang terangi hati gelap..lilin,aku tahu kamu sedar betapa hati ini sedang berusaha kuat mahu kamu terus nyala..tapi lilin,jika kamu masih enggan nyala..janganlah tinggal sisa walaupun bukan itu kehendak jiwa..