Ahad, 31 Julai 2011

CINTA (LOVE'S)

Detik tidak pernah menipu ia adalah suara benar  yang sentiasa berbicara di lunah hati kita..biarlah detik terus berdetik bersama relung-relung ingatan yang tak mungkin hilang dari maya..sehingga tiba untuk ia berhenti berdetik…….
Apalah erti cinta andainya tidak boleh memiliki???
Aku benci sngat!!tapi…kenapa aku rindu??
Jadikanlah cintaku ini sesuatu realiti,
kerana aku sudah jemu menanti cinta,
tidak perlu dicari,
kerana cinta akan datang sendiri,
cinta itu bukan untuk didusta,
hadirnya untuk memberi dan menerima,
hangatnya mendamaikan,
dinginya melemaskan….

Tiada yang kedua

Haruskah aku menerima kasihmu
yang baru menguntum bunga
jangan hanya indah dimata
jangan disiakan madah cinta
namun bintang bukannya Satu
kerdipan hatiku ingin kau buru
andainya kau kehampaan
jangan aku yang jadi alas an
ku fikir kau teman biasa
tidak akan berputik cinta
mungkin jua belum menjelma
aku tak sanggup di kecewa
cintaku satu untuk selama
aku pencinta yang setia
mustahil ada yang kedua

Pantun mari bersolat

Berbaju kurung bertudung labuh
Berkain songket berselipar jepun
Awal pagi dah sembahyang subuh
Agar hidup sentiasa rukun

Pagi-pagi minum kopi
Bekalan untuk perjalanan ke johor
Pandu kereta berhati-hati
Masuk waktu sembahyang zohor

Orang kaya berkereta besar
Sambil bersembahyang memakan kacang
Bila tibanya waktu asar
Itu tandanya hari dah petang

Waktu petang menjamah roti
Roti dibeli di kedai cik syarip
Mulut ibu tak henti-henti
Menyuruh adik sembahyang magrib

Wanita cantik lelaki kacak
Hulurkan senyuman muka berseri
Bila malam sembahyang isyak
Baru cukup 5 waktu sehari